SELEPAS beberapa hari mengadu sakit perut, suami Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pagi tadi.
Menurut Anzalna, suaminya telah disahkan mengalami luka di dalam perut dan akan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Sudah seminggu suami saya mengalami sakit perut tetapi tidak berjumpa dengan doktor. Saya membawanya ke hospital pagi tadi selepas dia mengadu sakit dan tidak mampu menahannya.

“Saya tak sangka dia berada dalam keadaan teruk sehingga perlu dimasukkan ke wad. Saya tidak tahu punca dan faktor utaam penyakitnya itu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.
Anzalna juga mengakui kehidupannya lebih bahagia berbanding dahulu selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu dan dia juga meluahkan rasa terujanya dapat berpuasa bersama suami. -MYNEWSHUB.CC

