• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Singapura Ugut Mahu ‘Tembak’ Perarakan LGBT

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Satu laporan polis dibuat ke atas seorang lelaki Singapura yang mengugut untuk melepaskan tembakan berhubung tajaan perarakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) oleh negara asing di Singapura, lapor The Straits Times.

Bryan Lim membuat komen berkenaan di laman Facebook kumpulan dikenali sebagai We Are Against Pink Dot yang berbunyi: “Saya seorang warga Singapura. Saya anggota Perkhidmatan Negara.

Saya seorang bapa. “Dan saya bersumpah untuk mempertahankan negara.

Berikan saya kebenaran untuk melepaskan tembakan.

Saya ingin lihat mereka mati akibat perbuatan mereka.” Walau masih belum jelas siapa disasarkan Lim, Canon Singapura berkata, mereka sedang menyiasat aduan terhadap seorang daripada kakitangannya.

Seorang pengguna Facebook, Audi Khalid mendedahkan bahawa Lim adalah seorang kakitangan Canon.

Komen Lim mencetuskan kemarahan serta rasa takut dalam kalangan pengguna Internet, terutama ahli komuniti LGBT, yang terkesan berikut pembunuhan ngeri di sebuah kelab gay di Orlando yang membunuh 49 orang dan mencederakan ramai lagi, kelmarin.

Sementara itu, malam tadi, Lim menyiarkan permohonan maaf di atas talian berikutan “salah faham” perkara berkenaan.

Beliau yang mendakwa kenyataan itu disalah tafsir berkata: “Saya maksudkan Bloomberg dan campur tangan asing dalam hal-hal tempatan.” – AGENSI/BH ONLINE

Tags: LGBTSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd