• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Paling Dikehendaki Ditembak Mati Di Tawau

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis menembak mati seorang lelaki yang sangat dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam lebih 20 kes jenayah rompak dan samun di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata warga asing itu yang dikenali sebagai Herman, 28, ditembak satelah berlaku pergelutan dengan anggota polis kira-kira jam 5.50 pagi tadi berhampiran sebuah bangunan terbengkalai di Kampung Titingan.

“Polis tiada pilihan setelah diserang menggunakan parang samurai selain menembak suspek untuk mempertahankan diri dengan melepaskan beberapa das tembakan yang mana dua das mengenai dadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Herman dipercayai mengetuai satu kumpulan penjenayah yang dianggotai antara tujuh hingga lapan orang yang sedang diburu polis.

“Penjenayah yang sering bertukar nama itu pernah ditahan dan didakwa pada tahun 2014 dan 2015 atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk dadah,” kata Fadil.

Menurutnya dengan kejayaan menembak mati penjenayah berkenaan, polis percaya berjaya menyelesaikan sekarang-kurangnya 20 kes jenayah di sekitar Tawau dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencederakan anggota polis.

Fadil berkata polis kini sedang memburu saki baki rakan penjenayah berkenaan.

Berikutan kes itu, selain parang samurai, turut dirampas dari suspek ialah beberàpa pemutar skru, kapak kecil, besi penyungkil, alat pemotong dawai dan anak panah. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd