• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Perkhidmatan MyBAS Di Perlis Distruktur Semula

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Laluan perkhidmatan MyBAS di Perlis meliputi laluan antara bandar dan kawasan luar bandar akan distruktur semula dalam masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata langkah itu melibatkan penambahan laluan baharu serta penamatan laluan sedia ada bagi memastikan perkhidmatan tersebut lebih meluas dan dapat digunakan secara optimum di Perlis.

“Banyak maklum balas yang diberikan menyatakan perkhidmatan MyBAS di Perlis tidak mendapat sambutan kerana tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

“Malah ada yang melihat perkhidmatan berkenaan seolah-olah tidak relevan serta perlu dikurangkan, tetapi SPAD melihat perkara ini secara sebaliknya malah akan ditambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kangar untuk meninjau perkhidmatan MyBAS di sini hari ini.

Terdahulu, Syed Hamid bersama kakitangan SPAD serta pengamal media menaiki MyBAS dari Terminal Bas Bukit Lagi, Kangar menuju ke Terminal MyBAS Arau, di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Kepenggunaan dan Pengangkutan Negeri Perlis, Datuk Sabry Ahmad.

Syed Hamid berkata langkah promosi berkesan perlu dilakukan bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam itu selain menyahut aspirasi kerajaan ke arah mentransformasi sistem pengangkutan awam darat di Malaysia.

“Sejak MyBAS dilancarkan di Perlis pada Ogos tahun lepas, dan sehingga Mei 2016 ini, trend penumpang adalah meningkat seterusnya membuktikan permintaan terhadap perkhidmatan ini ada.

“Pada Ogos 2015, sebanyak 18,350 penumpang menaiki MyBAS dan ia terus meningkat setiap bulan, pada Mei 2016 sebanyak 22,503 orang telah menggunakan perkhidmatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata tidak dinafikan ada laluan yang dilihat tidak relevan dan sangat jarang menerima penumpang seperti laluan dari Kaki Bukit ke Wang Kelian dengan hanya 230 penumpang sejak ia dilancarkan.

“Laluan ini mungkin akan kita tamatkan. Selain itu kita akan memberi fokus kepada laluan yang melibatkan kegunaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis.

“Pada masa sama kerja-kerja menyempurnakan pusat-pusat hentian bas dan pondok bas perlu dipergiatkan bagi menyediakan perkhidmatan awam terbaik buat rakyat di Perlis,” katanya.

Perlis memiliki 27 buah MyBAS melibatkan 15 laluan perkhidmatan sedia ada di seluruh negeri dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit atau 30 minit. – BERNAMA

Tags: MyBas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan Bas Sedia Ada

11/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Perkhidmatan MyBas Johor Bahru yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dilihat akan menjadi pelengkap kepada operasi pengangkutan bas...

Operasi myBAS Kuala Terengganu Bermula Awal

11/03/2018
0

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Bas Henti-Henti (SBST) akan mula beroperasi Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd