• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Gigi Bangsar Harap Henti Spekulasi

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLINIK pergigian di Bangsar yang merawat Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meninggal dunia selepas komplikasi pembedahan, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil menyeru dihentikan spekulasi mengenai kematiannya.

Pusat Pakar Pergigian Imperial dalam kenyataannya berkata prosedur bius ketika pembedahan gigi melibatkan Allahyarham dilakukan di bawah pengawasan “pengamal perubatan telatih”.

“Kami mengeluarkan kenyataan ini bagi menghentikan spekulasi dan salah faham umum mengenai insiden itu.

“Kami berharap orang ramai tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga dalam mengharungi waktu sukar,” katanya lapor FMT.

Semalam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menafikan spekulasi Syed Alman Zain menerima rawatan pergigian di pusat perubatan itu.

“Sesetengah laporan yang tidak benar telah menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan mendatangkan kesan negatif terhadap PPUM,” kata Pengarah PPUM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

Syed Alman Zain, 44, meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea. – malaysiastylonews

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd