• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Sebenar Burung Unta Berlari Di Federal Highway

oleh AK-47
17/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
2
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH sebenar di sebalik insiden ‘rare’ seekor burung unta ditemui berlari di tengah-tengah kesesakan Lebuhraya Persekutuan menuju ke susur keluar Bangsar semalam terjawab.

BACA: Video: Siapa Punya Burung Unta Di Lebuhraya Federal?

Sebelum ini, burung unta berkenaan dilapor berjaya diselamatkan sekumpulan pengguna jalan raya setelah haiwan itu terperangkap dalam sebuah longkang kira-kira jam 4.30 petang.

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, dia terlihat burung unta itu melompat keluar dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.

“Burung unta itu berlari di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.

“Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro.

Burung unta itu kemudian dikatakan dibawa pulang ke sebuah ladang burung unta milik tuannya yang terletak di Semenyih, Kajang.

Dalam pada itu menerusi info terbaharu, burung unta tersebut telah selamat menemui tuannya yang dikenali sebagai Darren Chow.

Chikaboo yang mencetuskan kontroversi apabila dirakam berlari di Federal Highway khamis lalu, manja bersama tuannya, Darren Chow.
Pose manja Chikaboo bersama tuannya, Darren Chow.

Burung unta yang diberi nama Chikaboo itu dilaporkan terlepas selepas melompat keluar dari tingkap kenderaan yang dibuka pemiliknya.

Difahamkan Chikaboo suka jika tingkap dibuka ketika naik kereta bersama tuannya namun pada hari kejadian, burung unta itu tiba-tiba melompat keluar, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Untitled

Kisah burung unta berlari di lebuh raya Persekutuan menjadi viral semalam selepas seorang netizen dikenali sebagai Jeff Sandhu mengepos tentangnya di laman Instagram.

siri kartun popular, Roadrunner.
watak kartun popular, Roadrunner.

Ramai netizen menyamakan burung unta yang berlari laju kira-kira jam 3 petang di lebuh raya Persekutuan itu dengan watak siri kartun popular, Roadrunner. – MYNEWSHUB.CC

Tags: burung unta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Sediakan 600 Petugas Kawal Selia 22,320 Jemaah Haji

Next Post

107 Kes HFMD Direkodkan Jabatan Kesihatan Kedah

Related Posts

Video: Telur Dadar Dari Burung Unta, Kenapa Tidak?

15/11/2016
0

BOSAN dengan menu yang sama seperti telur ayam dan telur itik? Apa kata anda cuba sesuatu yang lebih eksotik iaitu...

Chickaboo Dapat Perhatian Penyanyi Antarabangsa

21/06/2016
0

SELEPAS popular beraksi di lorong paling kanan jalan raya Khamis lalu, burung unta, Chickaboo yang menjad viral kerana berlari di...

Next Post

107 Kes HFMD Direkodkan Jabatan Kesihatan Kedah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd