• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Ibrahim Tak Bercadang Sertai Mana-Mana Parti

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya daripada PKR.

Katanya, beliau masih lagi menunggu keputusan daripada ROS sama ada pemecatannya daripada parti politik itu sah mengikut peraturan atau sebaliknya.

“Saya telah meminta ROS untuk menentukan sama ada berlaku ketidakadilan semasa saya dipecat pada Ogos 2015 dan saya masih menunggu keputusan itu,” katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan mesra di pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR berikutan keengganan beliau untuk menyerahkan jawatan menteri besar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa diminta mengulas penglibatannya dalam kempen untuk calon PAS Dr Abdul Rani Osman pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, beliau berkata ia adalah untuk membalas budi parti itu yang sentiasa menyokongnya.

“Dalam pilihan raya umum 2007 dan 2013, PAS banyak membantu saya, begitu juga semasa krisis menteri besar Selangor pada 2014,” kata Abdul Khalid.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi ditentang Dr Abdul Rani serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian pada 18 Jun. – BERNAMA

Tags: Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing ‘Kejutkan’ Jemaah Tidur Ketika Azan

Next Post

Kerajaan P.Pinang Tak Pernah Mohon Projek Terowong

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

Next Post

Kerajaan P.Pinang Tak Pernah Mohon Projek Terowong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd