• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Pulau Tioman, Tiada Yang Terlepas

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur ‘cover up’ dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas dari dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

“Saya akan memastikan tiada sesiapa juga termasuk pegawai kerajaan yang terlepas dari sebarang tindakan.

“Tindakan juga akan diambil kepada mana-mana pegawai polis yang ‘cover up’ (kes jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai kerajaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kes seorang gadis bawah umur yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dan didera secara seksual oleh lima lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Kastam di Pulau Tioman.

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah bahawa enam individu, termasuk seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu, namun menafikan pembabitan anggota Kastam dalam kes berkenaan.

Terdahulu Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit berjumpa dengan petugas media pelbagai agensi di pusat media bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Hotel Kompit, di sini hari ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun. – BERNAMA

Tags: kes rogolZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd