• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Terlibat Bawa Masuk Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak terlibat dalam urusan membawa masuk pekerja asing ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau berkata urusan itu dilakukan oleh syarikat dan majikan yang memerlukan pekerja asing, manakala pihak kerajaan hanya memberi kelulusan pengambilan masuk pekerja asing berdasarkan keperluan oleh industri-industri dan syarat-syarat perundangan yang ketat.

“Tanggapan bahawa kerajaan yang bawa masuk pekerja asing ini tidak betul. Kerajaan hanya beri kelulusan jika ada justifikasi mengikut keperluan.

“Jangan tuding jari kepada kerajaan kerana permintaan adalah daripada pihak industri dan tentunya sebagai kerajaan yang prihatin, kita mahu memberikan kemudahan kepada majikan untuk terus melunaskan tanggungjawab mereka dalam menjalankan urus niaga,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Jawapan beliau itu juga bagi menyangkal dakwaan oleh beberapa pihak sebelum ini kononnya kerajaan terlibat membawa pekerja asing ke negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata satu kajian terperinci terhadap tenaga kerja asing sedang dijalankan bagi menentukan keperluan sebenar guna tenaga berkenaan di negara ini.

Katanya kajian bersama yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia, Unit Perancang Ekonomi dan beberapa agensi kawal selia berkaitan juga melibatkan kajian terhadap unjuran pekerja asing mengikut sektor ekonomi.

“Kajian ini kelak akan dapat membantu kerajaan membuat keputusan mengenai hala tuju pengurusan pekerja asing di negara ini,” katanya.

Beliau berkata satu ‘National Clearing House’ (Rumah Penjelasan) untuk melihat semua sektor ekonomi yang memerlukan pekerja asing, telah ditubuhkan.

Walaupun dasar kerajaan adalah mengutamakan warga kerja tempatan, namun kelonggaran, kata beliau adalah diberikan kepada beberapa industri dan sektor pekerjaan seperti dalam sektor pembinaan dan perladangan.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yasin, Ahmad Zahid berkata kekurangan tenaga asing yang dihadapi sekarang juga telah menyebabkan kerugian kepada beberapa sektor ekonomi negara.

Antaranya sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan mengalami kerugian RM2 bilion setiap bulan kerana tiada pekerja untuk mengutip buah kelapa sawit.

Bagi sektor pembuatan perabot, katanya, sekurang-kurangnya 24 kilang pembuatan perabot di Muar terpaksa ditutup kerana kekurangan pekerja yang majoritinya bergantung kepada tenaga asing dalam menjalankan operasi mereka.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu Dewan Negara bahawa KDN sentiasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan dalam mengekang kemasukan pekerja asing tanpa izin ke negara ini.

Katanya setakat 15 Jun tahun ini, sebanyak 5,622 operasi penguatkuasaan ke atas pekerja asing telah dijalankan dan melibatkan semakan ke atas 91,075 pekerja asing.

Daripada jumlah itu, 27,498 orang pekerja asing yang tidak menpunyai dokumen sah telah ditahan, katanya.

Pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan terhadap 662 majikan dan melumpuhkan tujuh sindiket yang terlibat membawa masuk pekerja asing ke negara ini, katanya. – BERNAMA

Tags: pekerja asingZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd