• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pungutan Suara EU Beri Cabaran Kepada Universiti UK

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti-universiti di seluruh United Kingdom (UK) bakal berdepan cabaran besar susulan tindakan negara itu mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat.

Presiden Universiti-Universiti UK Dame Julia Goodfellow berkata keputusan keluar daripada EU tidak berlaku sekelip mata kerana ia akan dilakukan secara berperingkat dengan adanya peluang signifikan bagi mendapatkan jaminan dan mempengaruhi dasar masa depan.

“Sepanjang tempoh peralihan itu, kami akan memberi tumpuan kepada mendapatkan sokongan yang membolehkan universiti-universiti kami terus menjadi global, mempunyai rangkaian antarabangsa dan destinasi menarik bagi mereka yang berbakat dari seluruh Eropah.

“Ciri-ciri ini penting untuk memastikan universiti-universiti Britain terus menjadi yang terbaik di dunia,” katanya dalam kenyataan selepas keputusan pungutan suara itu diumumkan.Pungutan suara itu diadakan pada Khamis bagi menentukan sama ada UK perlu keluar atau kekal dalam EU.

Kempen ‘Keluar’ telah mengatasi kempen ‘Kekal’ yang memaksa Perdana Menteri David Cameron meletakkan jawatannya.

“Keutamaan kami adalah untuk meyakinkan Kerajaan UK supaya mengambil langkah-langkah bagi memastikan kakitangan dan pelajar dari negara-negara EU boleh terus bekerja dan belajar di universiti-universiti Britain,” katanya.

Di samping itu, Goodfellow berkata Universiti-Universiti UK juga akan meyakinkan kerajaan supaya mempromosikan UK sebagai destinasi mesra kepada mereka yang memiliki minda terbaik dan cemerlang.

“Mereka memberi sumbangan yang hebat untuk penyelidikan dan pengajaran di universiti serta memberi kesan positif terhadap ekonomi dan masyarakat Britain,” katanya.

Ditubuhkan pada 1918, Universiti-Universiti UK adalah wakil organisasi bagi semua universiti di UK dengan misinya sebagai ‘suara muktamad’ bagi semua universiti di negara itu.

Dengan mempunyai 133 anggota dan pejabat di London, Cardiff dan Edinburgh, ia mempromosikan kekuatan dan kejayaan universiti-universiti UK di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sementara itu, jurucakap University of Sheffield berkata mereka akan lebih teliti dalam menimbangkan implikasi berhubung keputusan pungutan suara EU itu terhadap universiti, kakitangan dan penuntutnya.

“Para cendekiawan dari negara-negara berkenaan memainkan peranan penting bagi pembelajaran penuntut dan penyelidikan dalam segala bidang daripada perubatan dan sains kepada kejuruteraan, sains sosial, seni dan kemanusiaan.”Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa langkah keluar dari EU tidak akan berlaku sekelip mata.

Perjanjian Lisbon menjangkakan proses rundingan dua tahun di antara UK dan negara-negara anggota lain di mana syarat-syarat bagi UK keluar daripada EU akan diputuskan,” kata jurucakap itu dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang universiti berkenaan pada Jumaat.

Berikutan itu, katanya, tiada perubahan mendadak akan berlaku terhadap status imigresen penuntut sedia ada atau bakal penuntut serta kakitangan EU atau penyertaan sektor universiti UK dalam program EU.

“Kebimbangan utama kami pada masa ini adalah mengenai kakitangan dan pelajar yang bakal terjejas dengan keputusan pungutan suara ini, dan kami akan terus menawarkan nasihat dan sokongan kepada mereka dalam tempoh beberapa minggu dan bulan yang mendatang,” kata jurucakap itu. – BERNAMA

Tags: brexitUnited KingdomUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd