• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Menantu TPM: Polis Ambil Keterangan 11 Individu

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu timbalan perdana menteri, susulan rawatan gigi di Bangsar, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.

“Polis turut ambil keterangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan kakitangan klinik. Buat masa ini, tiada individu ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis akan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini untuk tindakan lanjut.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.

Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Syed Alman Zain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, kata Amar Singh. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd