• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanopi Pasar Malam Bernilai RM56,000 Musnah Dilanda Ribut

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Peniaga pasar malam Saberkas berdepan saat cemas selama 30 minit apabila ribut dan angin kencang melanda sehingga menerbangkan tujuh kanopi kanvas dalam kejadian 7.30 malam tadi.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam Saberkas Miri, Abdul Rahman Jawawi berkata walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku namun kejadian tersebut amat menakutkan kerana pertama kali berlaku sehingga menyebabkan tujuh kanopi bernilai RM56,000 diterbangkan ribut dan angin kencang itu.

“Kanopi kanvas itu dipasang tiga tahun lepas oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kos RM8,000 setiap satu, saya berharap MBM dapat menggantikan kanopi baharu dengan segera,” katanya kepada Bernama hari ini.

Aziz berkata kerosakan kanopi tersebut menyebabkan 42 peniaga makanan dan minuman terjejas pendapatan.

Pasar malam Saberkas dibuka setiap malam Rabu hingga Sabtu dan beroperasi pada sebelah petang setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Ia adalah lokasi paling popular di bandar raya ini, menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar terutama dari Brunei. – BERNAMA

Tags: pasar malamribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd