• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Menderita Perut ‘Membusung’

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERUT membesar seperti busung. Itu penderitaan yang terpaksa dialami oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Guangxi, China.

Meskipun ibu bapanya telah membelanjakan RM350,000 untuk perubatannya namun penyakit yang dialami oleh Honghong itu masih belum sembuh.

Honghong menghidap penyakit berkenaan sejak berusia dua tahun.

perut

Pada mulanya ibu bapa Honghong menyangka perut anak mereka buncit akibat selera makan yang kuat.

Namun selepas beberapa tahun, keadaannya tidak berubah malah perutnya membesar.

Mereka terpaksa membawanya kepada doktor dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia mungkin berpunca daripada ketumbuhan di dalam hatinya.

Sehingga kini, doktor masih menjalankan ujian terhadap kanak-kanak berkenaan.

Ibu bapa Honghong juga pada masa sama masih belum berputus asa dan cuba mencari penawar untuk anak lelaki mereka itu meskipun kos yang perlu dibayar adalah tinggi.

Menurut jurnal perubatan The Lancet, kerajaan China hanya memberikan subsidi kepada hospital di negara itu sebanyak 8 peratus sahaja dan ini memaksa hospital mengenakan bayaran yang tinggi dalam perkhidmatan dan ubat-ubatan.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya meletakkan China di tangga keempat terburuk di dunia dalam aspek peruntukan sumber perubatan.

Menurut kajian, golongan miskin di negara itu tidak dapat menikmati kemudahan perubatan disebabkan alasan kewangan. – Mynewshub.cc

Tags: kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Keji Bantu Anak Saudara Rogol Anak Sendiri

Next Post

Pakatan Harapan Letak Ahmad Termizi Calon PRK K.Kangsar

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post

Pakatan Harapan Letak Ahmad Termizi Calon PRK K.Kangsar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd