KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneroka penggunaan teknologi telaga tiub bagi memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering berlaku pada musim kemarau.
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penggunaan telaga tiub adalah satu daripada alternatif selain bekalan air sungai bagi memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut.
“Pembinaannya perlu dirancang dengan rapi dan memerlukan kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains bagi menentukan kawasan strategik kerana kos bagi setiap satunya agak mahal iaitu kira-kira RM100,000,” katanya. – BERNAMA