• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Batu Boleh Berlaku 3 Kali Setahun – Madius

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fenomena hujan batu yang melanda ibu negara awal bulan ini boleh berlaku dengan kekerapan tiga kali dalam setahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata pada tahun ini, sebanyak dua kejadian hujan batu berlaku di Malaysia, pertama pada Januari lepas di Bukit Jelutong, Shah Alam dan yang terbaru pada 3 Jun lepas di Bukit Jalil, dekat sini.

“Kejadian hujan batu yang melanda negara bukanlah satu fenomena yang luar biasa tetapi ia amat jarang berlaku di negara kita.

“Berdasarkan rekod yang kita ada, ia boleh berlaku dengan kekerapan antara satu hingga tiga kejadian dalam tempoh masa setahun,” katanya kepada Bernama di sini.

Madius berkata fenomena hujan batu terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan tersebut.

“Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku sehingga mencapai 40,000 kaki,” katanya.

Madius berkata saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara 5mm atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.

“Kejadian hujan batu ini biasanya berlaku setempat iaitu sekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja,” katanya.

Dalam kejadian hujan batu yang melanda ibu negara pada petang 3 Jun lepas, rekod Stesen Meteorologi Petaling Jaya menunjukan hujan berukuran 60.2 milimeter serta kelajuan angin mencapai 46.8 kilometer sejam adalah sebab berlakunya fenomena hujan batu itu.

Dalam pada itu, Madius menasihatkan orang ramai yang berdepan kejadian hujan batu atau seumpamanya supaya menjauhi tingkap dan segera berlindung di tempat yang selamat.

“Jika berada di dalam kenderaan, pastikan anda meletak kenderaan (berlindung) di bawah jambatan atau struktur yang kukuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hujan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya Kerana Menyanyi Pelajar Maut Ditikam

Next Post

Thai Pertimbang Untuk Halalkan Methamphetamine

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

Next Post

Thai Pertimbang Untuk Halalkan Methamphetamine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd