• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Seri Pacific Agih 5,000 Bubur Lambuk Dalam Program CSR

oleh AK-47
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia, Hotel Seri Pacific mengambil kesempatan untuk meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan 5,000 bungkus bubur lambuk dan meraikan golongan yang kurang berkemampuan pada minggu lalu.

Program itu diketuai oleh Pengurus Besar Hotel Seri Pacific, Mohammad Halim Merican dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Zakariya Musa.

Hotel Seri Pacific

Hotel Seri Pacific

” Bubur lambuk merupakan juadah yang paling mendapat sambutan pada bulan Ramadan setiap tahun. Selain daripada mengagihkan bubur lambuk, pihak kami juga sentiasa memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan.

“Ianya selaras dengan objektif kami dalam menjalankan perniagaan ini iaitu untuk menyumbang kepada masyarakat,” kata Halim.

Difahamkan, penyediaan bubur lambuk itu dimulakan sejak jam 7 pagi lagi di bawah seliaan eksekutif chef, Steven G, menghimpunkan 90 kakitangan berbilang pangkat daripada pelbagai jabatan.

Hotel Seri Pacific

Hotel Seri Pacific

Bubur lambuk yang telah siap dibungkus dihantar ke tempat-tempat pengagihan di sekitar ibu kota. Antara kawasan yang terlibat ialah di hadapan pintu masuk Hotel Seri Pacific, pusat beli-belah SOGO, Masjid Jamek, KL Sentral dan Plaza Mont Kiara.

Hotel Seri Pacific

Hotel Seri Pacific

Program CSR pada hari itu diakhiri dengan sesi majlis berbuka puasa dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi bersama kakitangan hotel.

Seramai 45 orang kanak-kanak kurang berkemampuan disamping penjaga mereka telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan acara berbuka puasa tersebut.

Selain daripada dapat menikmati juadah berbuka puasa yang enak-enak, kanak-kanak itu turut menerima sumbangan duit raya dan beberapa barangan keperluan harian daripada pihak Seri Pacific. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CSRHotel Seri Pacific
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kejadian Kren Terbalik Di Lebuh Raya CSR

13/06/2018
0

KUANTAN - Polis hari ini, menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuhraya Central Spine (CSR)...

PM Wajib GLC Sumbang 1% Bantu Rakyat

06/02/2018
0

PRIHATIN... Sebelum ini memang ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi sumbangan untuk program bantuan sosial dan penjagaan alam sekitar dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd