• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Game Of Thrones’ Selamatkan Saya Daripada Pelacuran

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA Game Of Thrones yang kini menjadi perhatian ramai telah menyelamatkan Josephine Gillan daripada menjadi pelacur.

Ironinya dia membawakan watak sebagai pelacur dalam drama berkenaan.

Gillan memegang watak sebagai Marei dan dalam drama berkenaan dia tetap berbogel, bezanya kali ini ia hanya lakonan.

“Game Of Thrones menyelamatkan saya daripada kehidupan sebagai pelacur dan drama ini juga menjadikan saya lebih kuat.

“Saya bekerja sebagai pelacur dan turut berlakon dalam filem lucah dengan menggunakan nama Sophie O’Brien sebelum ini,” katanya.

Josephine ketika kecil telah mengalami penganiayaan seks, alkohol dan turut mengambil dadah.

Dia juga terpaksa belajar di 24 sekolah kerana ibunya sering melarikan diri akibat didera oleh kekasihnya.

Jelasnya, dia mula terlibat dalam drama berkenaan apabila penerbit Game Of Thrones mencari wanita muda, jadi terus menghantar gambarnya.

“Mereka memberitahu mereka mahukan saya dan saya tidak tahu betapa drama ini telah banyak mengubah hidup saya,” katanya.

Game Of Thrones adalah berdasarkan buku tulisan George R.R Martin dan kini menjadi salah satu drama yang ditonton ramai.

Ia berjaya memenangi 26 anugerah Emmy dan berjaya menarik purata 8.6 juta penonton bagi setiap episod. – Mynewshub.cc

Tags: pelacuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

13/06/2024
0

Tampin : Seorang gadis yang mengaku salah melakukan aktiviti persundalan diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berusia...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

11 Ditahan Disyaki Tawar Khidmat Pelacur Di Australia

22/10/2023
0

BALIK PULAU: Polis menahan 11 individu termasuk enam wanita tempatan selepas disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam talian yang menyasarkan pelanggan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd