• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco P.Pinang Terima Cabaran Setiausaha Agung Gerakan

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng hari ini menerima cabaran Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng untuk berdebat mengenai projek terowong dasar laut.

Lim berkata beliau telah meminta Setiausaha Politik Ketua Menteri Wong Hon Wai untuk membantu menguruskan atur cara sesi debat itu yang dicadangkan diadakan di Kompleks Penyayang di sini.

“Saya berharap akan berlangsung pada malam 27 atau 28 Jun ini dan kami akan menempah dewan dan melantik seorang moderator bebas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata debat itu akan dilakukan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Mandarin dan Melayu dan segala urusan debat akan dilakukan oleh Wong.

Dalam laporan akhbar 11 Jun lepas, Liang menyatakan keinginan untuk berdebat berhubung isu projek terowong dasar laut selepas Lim menolak tawaran Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo.

Lim berkata sesi debat itu akan memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk menjelaskan kebenaran mengenai projek terowong dasar laut.

“Saya harap Liang akan menjemput stesen televisyen untuk membuat liputan debat ini secara langsung,” katanya.

Loo pernah menganjurkan dan menjemput Lim untuk berdebat pada 11 Jun lepas namun Lim tidak hadir selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Kesihatan dan Pembangunan Desa negeri Dr Afif Bahardin meminta penjelasan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Shariful Azhar Othman yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kampung-kampung Melayu sudah tidak ada di negeri ini.

Dr Afif mendakwa Shariful Azhar dalam ucapannya menyatakan pembinaan rumah yang berkos tinggi di Pulau Pinang menyebabkan semua orang Melayu pindah ke Seberang Perai.

“Saya ingin meminta ADUN Bertam untuk membuat pengesahan perkara ini kerana saya mendapat ‘recording’ suara ini daripada para hadirin dalam majlis itu baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPdebatGerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd