BRUSSELS – Pemimpin dari 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat kemuncak pertama mereka, Rabu depan.
Tujuan perjumpaan itu adalah untuk mencari rumusan bagaimana mahu menangani Brexit selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron berundur kelak.
Cameron dijangka menghadiri hari pertama sidang berkenaan untuk memaklumkan kepada 27 anggota keputusan pungutan suara untuk meninggalkan EU, kelmarin.
Dia kemudian akan kembali ke London dan pemimpin negara lain akan menyambung perbincangan format Brexit atau ‘proses perceraian’ yang perlu dilakukan.
“Pemimpin lain akan bertemu secara formal membincangkan implikasi politik dan juga praktikal mengenai Brexit,” kata Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, semalam. – REUTERS/BH ONLINE

