• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Filipina hari ini mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April lalu telah dibebaskan kumpulan penculik berkenaan.

Menurut portal berita Philstar.com yang memetik kenyataan Pengarah Polis Wilayah Sulu, Senior Superintenden Wilfredo Cayat mengesahkan pembebasan itu dan dipercayai pembebasan dibuat sebelum tengah malam Selasa namun tidak memberi maklumat lanjut.

Sementara itu, jurucakap Western Mindanao Command (Westmincom) Mej Filemon Tan Jr. yang dipetik portal berita berkenaan pula berkata empat mangsa culik rakyat Malaysia berkenaan dilaporkan dibebaskan pada awal hari ini (Rabu).

Bagaimanapun Filemon Tan berkata unit risikan mereka masih mengumpul maklumat tentang bila dan di mana kumpulan Abu Sayyaf membebaskan keempat-empat mangsa culik berkenaan.

Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik pada 1 April lalu ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas laporan media mengenai pembebasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: abu sayyafculik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd