• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daripada Mat Rempit Kepada Militan Daesh

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AZMAN (bukan nama sebenar) pernah mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti menunggang motosikal secara membahaya.

Sebagai seorang bekas mat rempit yang banyak menghabiskan masanya dengan hobi berkenaan, Azman juga sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli topi keledar.

Bagaimanapun dia kemudiannya ‘bertaubat’ dan menemui fasa baharu dalam kehidupannya.

Dia akhirnya cuba memasuki Syria untuk berjuang bersama militan Negara Islam (Daesh).

Individu berusia 29 tahun dari Tanjung Karang itu cuba memasuki Syria dari Turki pada Julai lalu namun dihalang berbuat demikian oleh polis Turki.

Dia adalah antara 14 orang yang ditahan pada Mei lalu kerana mempunyai kaitan dengan Daesh.

Seramai 193 militan telah ditangkap sejak Februari 2013.

Seorang kawan rapat Azman yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, dia pernah mempunyai motosikal Yamaha RXZ dan ada beberapa koleksi topi keledar dengan yang paling mahal menelan kos lebih RM10,000.

“Hampir setiap malam, dia akan keluar dengan kawan-kawannya menunggang motosikal dan hanya akan kembali pada awal pagi,” kata Sam.

Sam terputus hubungan dengan Azman sejak sekolah menengah tetapi pasangan itu kembali bertemu empat tahun lalu apabila Sam mengupah kawannya itu untuk bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta di Petaling Jaya.

Pada masa itu, Azman yang berasal dari keluarga miskin baharu sahaja diberhentikan dari kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

“Azman adalah seorang pekerja yang berdedikasi, cekap dan jujur yang amat berharga kepada syarikat,” kata Sam.

Kira-kira setahun kemudian, Sam mulai menyedari perubahan Azman.

Kata Sam, Azman menjadi insan yang lebih dekat dengan agama dan banyak menghabiskan banyak masa di masjid.

Azman juga sudah tidak lagi menghabiskan masanya bersama motosikal.

“Terdapat perubahan drastik dalam diri Azman. Malah dia juga berdoa supaya saya tidak lagi terlibat dengan wanita dan minuman keras,” kata Sam.

Azman berpindah tempat kerja di bengkel lain dua tahun lalu walaupun mereka masih berhubung.

Awal tahun lepas, Sam berkata Azman menjual motosikal dan aksesorinya.

Tambah Sam pada masa sama Azman mula bercakap tentang jihad dan perjuangan bersenjata.

Sam percaya bahawa Azman telah bertindak radikal selepas terpengaruh di Internet terutamanya melalui orang yang ditemuinya di Facebook.

Sekitar Julai tahun lepas iaitu semasa musim hari raya, Azman tiba-tiba hilang.

Sam diberitahu oleh rakan mereka bahawa Azman mungkin pergi ke Syria.

Ternyata Azman telah menempah tiket pergi balik ke Istanbul dan membayar penginapan untuk dua minggu bagi mengelak dikesan daripada pihak berkuasa Turki.

Azman pergi ke Turki dengan seorang rakan dari Malaysia, kata Sam.

Dari Istanbul mereka mengambil penerbangan ke kota Adana di mana mereka telah dijemput.

Mereka telah dibawa ke sebuah banglo di mana mereka tinggal dengan beberapa yang lain dari seluruh dunia.

Selepas beberapa hari, mereka yang dalam perjalanan ke Gaziantep yang bersempadan dengan Syria menaiki kenderaan MPV ketika pihak polis menahan mereka.

Semua yang berada di dalam kereta itu dibawa ke lokap.

Selepas menghabiskan beberapa hari dalam tahanan, Azman dan rakannya dibenarkan untuk meninggalkan Turki kerana mereka mempunyai tiket pulang.

Sebelum meninggalkan lokap, Azman memberikan wang berjumlah AS$4,000 (RM16,400) kepada orang lain yang masih terperangkap dalam tahanan, kata Sam.

Azman tidak ditangkap semasa ketibaan pulang ke Malaysia dan dia memberitahu Sam segala yang berlaku.

Sam memberikan Azman pekerjaan di bengkel sendiri di Tanjung Karang supaya dia boleh melupakan semua yang berlaku kepadanya.

Bagaimanapun, Azman telah ditahan pihak polis. Sam percaya rakannya itu adalah seorang yang baik dan boleh berubah.

“Dia bukan seorang yang jahat. Dia hanya tersilap langkah. Dia beritahu saya bahawa dia mahu berubah,” kata Sam. – mStar Online

Tags: Mat RempitMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Klinik Gigi Rawat Menantu TPM Tidak Ditutup

Next Post

Shukri Yahaya Saran Isteri Puasa Ikut Kemampuan

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Next Post

Shukri Yahaya Saran Isteri Puasa Ikut Kemampuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd