RAKAMAN kamera pengawasan (CCTV) di sebuah pangsapuri yang terletak di Toa Payoh, Singapura telah merakam kelibat dua wanita melakukan tindakan yang tidak disangka-sangka iaitu menyimbah cat pada sebuah kediaman di situ.
Hal ini dilaporkan individu dikenali sebagai Edwin di laman web Stomp, selepas beliau terlihat video kejadian dimuat naik seseorang bernama Kyros Lim pada 21 Jun lalu.
Menerusi video tersebut, dua wanita dilihat memasang rantai pada jeriji sebuah kediaman sebelum bertindak menyimbah cat seterusnya berlalu meninggalkan tempat itu sambil ketawa.
Sejurus selepas itu, kelihatan beberapa anggota polis dilihat berusaha menanggalkan rantai yang dipasang dua suspek berkenaan.
Netizen Lianhe Zaobao mendakwa, insiden itu dirakam di Toa Payoh Lorong 2 dan pihak polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC