• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PAS Dedah Tidak Berhasrat Bertanding

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada kali ini.

Sebaliknya beliau bersetuju untuk mewakili PAS sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan demi memenuhi pujukan parti itu.

“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk menjadi pekerja, tetapi di saat akhir, tiba-tiba jemaah meminta untuk jadi calon.

“Saya langsung tidak menyangka dan terpaksa dipujuk dan memujuk orang-orang di kiri kanan saya,” dedahnya dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di laman media sosial rasmi PAS hari ini.

Najihatussalehah menyerahkan borang pencalonan bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar kira-kira pukul 9 pagi di pusat penamaan calon hari ini.

PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

BN meletakkan Datin Mastura Mohd. Yazid. yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Allhayrham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Wan Mohammad maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Parti Amanah Negara (PAN) pula meletakkan Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Prof Dr. Ahmad Termizi Ramli sebagai calon dan calon Bebas pula Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: PRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd