• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budiman Yakin Lebih Fahami Nadi Masyarakat Sg. Besar

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yakin faktor anak tempatan memberi kelebihan kepada beliau untuk lebih memahami kehendak dan denyut nadi masyarakat Sungai Besar.

Beliau berkata ini kerana gerak kerja untuk mendekati rakyat di kawasan berkenaan sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lepas lagi tatkala diberi mandat menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Jelas Budiman, beliau melihat pencalonannya untuk kerusi Parlimen tersebut adalah lebih bersifat menyebarluaskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Ditanya strateginya untuk memancing undi masyarakat Cina terutamanya di Sekinchan, beliau memberitahu sebagai anak tempatan yang amat mengenali kawasan itu, pastinya keluh kesah rakyat lebih mudah difahami dan ditangani.

“Tidak perlu diperjelas apa strategi saya namun saya pasti akan teruskan khidmat bakti kepada seluruh rakyat di Parlimen Sungai Besar dengan dedikasi.

“Apa yang penting, kita akan terus fokus kepada segala kekuatan dalaman yang kita ada untuk meyakinkan rakyat dan memenangi kerusi Parlimen ini,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon, di sini hari ini.

Budiman, 44, yang secara rasmi akan mula berkempen hari juga turut mengharapkan sokongan padu jentera BN bagi mengukuhkan kekuatan parti sedia ada.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Budiman; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK Sg. Besar: Peti Undi Mula Tiba Di Dewan Seri Bernam

18/06/2016
0

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd