• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba KL Perhebat Operasi Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengerakkan kesemua 800 anggotanya dari 18 balai untuk bertugas 24 jam terutama di kawasan yang sering berlaku kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata sejak 15 Jun lepas pihaknya meletakkan beberapa jentera dan anggotanya di enam kawasan panas untuk bertugas 24 jam.

“Seramai 280 anggota yang bertugas bagi setiap syif iaitu pagi dan malam di kesemua 18 balai bomba di ibu negara,” katanya kepada pemberita pada kempen kesedaran keselamatan kebakaran sempena musim perayaan Aidilfitri jabatan itu di sini hari ini.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti ialah sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Convention Centre, Pavilion dan Bangsar, memandangkan kawasan ini sentiasa berhadapan dengan kesesakan trafik yang tinggi setiap hari.

“Operasi ini yang akan diteruskan selama sebulan iaitu hingga 15 Julai, merupakan satu langkah drastik bagi mengelakkan bantuan kecemasan lewat tiba di lokasi kebakaran dan bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata rondaan juga ditingkatkan pada waktu malam iaitu bermula 2 pagi sehingga 6 pagi kerana ia merupakan waktu yang dikenal pasti sebagai tempoh yang cenderung berlakunya kebakaran besar.

Khirudin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyelamatkan diri terlebih dahulu berbanding harta benda apabila berlaku kebakaran bagi mengelakkan diri mereka menjadi korban dalam kebakaran.

Katanya sebanyak tiga kematian dilaporkan berpunca dari kejadian kebakaran pada tahun lepas berbanding satu kes pada tahun sebelumnya di sekitar ibu negara. – BERNAMA

Tags: AidilfitriBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd