• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSIH 2.0 Kutuk Abdul Hadi Sebut Tentang Allah

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pro-Pakatan Harapan, BERSIH 2.0 mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membuat kenyataan tentang kemurkaan Allah S.W.T ke atas mereka yang salah mengundi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.

BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan Presiden PAS itu merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.

“BERSIH 2.0 mengutuk ucapan Presiden PAS yang menyatakan bahawa “mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini”.

“BERSIH 2.0 tuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai segala kesalahan yang dilaporkan ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Tegas BERSIH 2.0, kenyataan Abdul Hadi mengenai Allah S.W.T itu menyebabkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada kali ini berlangsung dalam yang tidak bersih,bebas dan adil.

Perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dan Pakatan Harapan di ibu negara pada Ogos tahun lalu pernah mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden PAS.

Majoriti peserta perhimpunan tersebut merupakan penyokong Pakatan Harapan.

Perhimpunan yang gagal mendapat sambutan itu mendapat bekerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay.

Presiden PAS baru-baru ini memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini.- Mynewshub.cc

Tags: Bersih 2.0Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd