• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Diseru Bijak Rebut Peluang Majukan Diri

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Golongan belia di negeri ini diseru bijak merebut segala peluang yang disediakan kerajaan dan mengurangkan sikap suka merungut serta menunggu kesenangan mendatang daripada berusaha sendiri untuk mendapatkan apa dihajati.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan telah menyediakan kemudahan merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan, pekerjaan, perniagaan, perumahan dan dana untuk melihat masa depan mereka lebih berkualiti dan berdaya saing.

“Mereka perlu bijak merebut segala peluang yang telah terhidang dalam pelbagai bidang di negara ini dengan semaksimum mungkin agar ia tidak dimanfaatkan oleh orang luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan Malam Anugerah Perdana Belia sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Pahang 2016 di sini semalam.

Teks ucapan dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeriDatuk Mohd Johari Hussain. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Ishak Muhamad.

Beliau turut menyeru pemimpin belia di Pahang supaya lebih proaktif memimpin persatuan tidak kira di peringkat mana sekalipun dan tidak bersikap lesu dengan menanti bantuan datang menggolek untuk menggerak persatuan.

Mengikut Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, sehingga kini terdapat 837 persatuan belia yang berdaftar di Pahang, manakala jumlah populasi belia pula ialah 711,900 orang daripada 1.6 juta penduduk di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobBelia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hubungan Saya, Erra Fazira Direstui Keluarga – Shahir AF

Next Post

Klinik Kesihatan Teluk Medan Terbakar

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

Next Post

Klinik Kesihatan Teluk Medan Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd