KAMPAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi dalam sebarang misi bantuan sekiranya berlaku bencana berikutan fenomena La Nina yang diramal melanda negara bulan depan.
Panglima Briged Kedua Infantri Brigadier Jeneral Datuk Mas’od Muhammad berkata seramai 150 anggota bersama aset yang lengkap sentiasa bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.
“Sekiranya berlaku kejadian bencana di Perak, Markas 2 Briged secara khususnya mampu menghantar seramai 150 anggota walaupun dalam ‘notis serta-merta’. – BERNAMA

