• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apple Dah Paten, iPhone Boleh Diguna Jadi Kunci Kereta

oleh AK-47
14/06/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKEMBANGAN teknologi membuatkan pelbagai syarikat bersaing membangunkan idea dan protaip baru produk mereka, serta mempatenkan ia untuk kegunaan masa akan datang.

Terkini Apple telah memfailkan paten untuk idea baharu, iaitu iPhone boleh dijadikan kunci elektronik kepada kenderaan.

Idea yang dipatenkan ini membayangkan bahawa isyarat Bluetooth digunakan untuk membuka pintu kenderaan dan menghidupkan enjin.

Aplikasi khas kunci digital yang unik ini, dikatakan akan diprogramkan terus kepada kereta-kereta keluaran terbaharu selepas ini.

ipong

appleJika terlaksana, pengguna mungkin tidak perlu lagi menekan butang untuk membuka pintu kereta sebaliknya kenderaan mereka akan mengenalpasti dengan sendiri isyarat unik Bluetooth dari peranti pengguna seterusnya kunci diaktifkan secara automatik.

Konsep ini pastinya sesuai buat individu yang sering terlupa membawa kunci kereta tetapi tidak iPhone mereka.

Teknologi baharu ini juga dikatakan boleh dikongsikan pada kenderaan sama dengan pemandu lain. Katakanlah anda terbawa kunci kereta isteri di pejabat maka apa perlu dilakukan cuma hantar pengesahan kod metrik kunci digital kepada isteri dan dia sudah boleh memandu keretanya tanpa membebel lama pada anda.

Begitu pun, teknologi baharu ini mungkin masih memerlukan masa yang sesuai untuk dilancarkan berikutan sistem keselamatan bagi menghalang penggodam daripada menceroboh peranti masih lemah.

Bayangkan apa akan berlaku jika penjenayah siber dengan mudah menggodam peranti mana-mana pemilik kenderaan yang menjadi sasarannya? -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Newsasiaone

Tags: applegajetperanti pintar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd