• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

 70K Transgender Usaha Tuntut Hak Amalan Seks Bebas

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAPAT 70 ribu transgender dengan lebih 70 peratus beragama Islam kini sedang berusaha melalui pelbagai cara untuk menuntut supaya amalan kebebasan seks diiktiraf di negara ini.

Perjuangan melalui kempen perundangan berdasarkan laungan Hak Asasi dalam Perlembagaan Negara dijadikan modal supaya Kerajaan dan masyarakat tunduk kepada kemahuan mereka untuk mengamalkan gaya hidup seks bebas.

Naib Presiden Muafakat, A. Karim Omar mendedahkan, golongan pengamal LBGT kini berusaha menggunakan proses undang-undang di mahkamah dan mengaitkan hak asasi dalam perlembagaan sebagai hujah utama.

“Malah, mereka juga menerima sokongan kewangan, moral dan politik dari pelbagai pihak dan kerajaan luar,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai Ancaman Keselamatan Negara di Menara Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

 70K Transgender Usaha Tuntut Hak Amalan Seks Bebas

Program tiga jam itu dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Biro Tata Negara.

Menurut A. Karim, dengan bergabung sesama sendiri serta disokong lebih 60 persatuan lain, aktivis LBGT menggunakan perkembangan hak asasi manusia di Barat sebagai petunjuk kebebasan.

Katanya, aktivis LBGT mahu negara ini menerima kebebasan seksual sebagai isu hak asasi serta mendesak kerajaan patuh pada kemahuan mereka. Selain itu katanya, sokongan kewangan daripada pelbagai agensi hak asasi di Amerika Syarikat menjadikan gerakan LBGT ini memiliki sumber dana yang mencukupi untuk berkempen.

“Ini campur tangan asing yang sengaja mahu mencabar perlembagaan negara terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Selagi Islam ada dalam perlembagaan, kebebasan seks tidak boleh diiktiraf. Jadi, mereka menyerang status quo Islam dalam Perlembagaan,” katanya pada lebih 300 penjawat awam yang mewakili lima kementerian kerajaan.

“Agensi yang berlindung di balik nama hak asasi di Amerika Syarikat ini ditaja George Soros. Malah, Naib Presiden Amerika Syarikat, John Kerry telah menganugerahkan pingat negara kepada seorang aktivis LBGT sebagai pengiktirafan terhadap usaha menuntut kebebasan amalan seks di negara ini,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: transgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

28/03/2023
0

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti...

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd