• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Ditikam Dalam Perhimpunan Neo-Nazi Di California

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Tujuh orang dimasukkan ke hospital dengan sekurang-kurangnya dua daripada mereka kritikal selepas ditikam ketika perhimpunan neo-Nazi di bangunan ibu pejabat negeri California.

Jurucakap Jabatan Bomba Sacramento, Chris Harvey, berkata perhimpunan pelampau kulit putih itu bertembung dengan tunjuk perasaan membantah pergerakan itu. Jabatan itu menyiarkan di Twitter sebahagian pesakit mengalami kecederaan kritikal akibat ditikam.

Tidak dapat dipastikan mereka daripada kumpulan mana. Menurut akhbar Sacramento Bee, kejadian tikam-menikam itu berlaku antara 25 anggota neo-Nazi dan lebih 150 golongan anarkis dan antifasis.

Video dan gambar yang disiarkan di internet menunjukkan mereka semakin mengganas dengan sebahagian mereka memukul yang lain dengan kayu besbol atau kayu manakala yang lain membaling batu.

Seorang lelaki kulit hitam yang cedera dan berlumuran darah kelihatan terbaring di kaki lima dan dirawat rakan. Seorang lelaki kulit putih dengan darah menitis daripada kepala pula diiringi polis dalam satu lagi video disiarkan CNN.

Acara itu dianjurkan kumpulan pelampau kulit putih, antipendatang dinamakan Traditionalist Worker Party. – AFP/BH ONLINE

Tags: californiademonstrasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

California Terbakar: Ribuan Penduduk Pindah

California Terbakar: Ribuan Penduduk Pindah

03/09/2022
0

GLOBAL | Kebakaran hutan di utara California, Amerika Syarikat pada Jumaat memusnahkan lebih 2,500 ekar (10.12 kilometer (km) persegi) hanya...

Gempa Bumi Kuat Landa Utara California

21/12/2021
0

SAN FRANCISCO : Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pesisir pantai California utara, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd