• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Wanita Thailand Sedang Urut Pelanggan Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Enam tukang urut warga Thailand yang sedang leka mengurut pelanggan yang kebanyakannya lelaki di sebuah pusat refleksologi di Lebuh Macalum, di sini ditahan Jumaat lepas.

Jurucakap Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) berkata menerusi Op Ikrar yang dijalankan pada pukul 8 malam itu, pihaknya menahan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun di premis berkenaan.

“Semasa operasi oleh JIPP itu mereka sedang leka mengurut pelanggan di bilik-bilik kecil yang disediakan di pusat refleksologi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam wanita itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu dalam operasi berasingan, katanya JIPP menahan seorang wanita berusia 30-an dan anak perempuannya berusia tujuh tahun di sebuah premis perniagaan di Taman Pekaka, di sini kerana tiada dokumen perjalanan diri.

Menurut jurucakap itu, dalam pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bayan Lepas, seramai tiga lelaki Bangladesh dan seorang wanita Indonesia ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa.

“Dalam operasi di sekitar Butterworth dan Sungai Jawi, dekat sini pula, seramai lapan orang termasuk tiga wanita ditahan bekerja di restoran, kedai makan dan pusat hiburan keluarga di situ,” katanya.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada lima warga Myanmar termasuk dua wanita dan tiga warga Indonesia termasuk dua wanita.

Beliau berkata semua 20 warga asing yang ditahan itu dibawa ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: rumah urutwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd