• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

508 Kura-Kura Dalam Kentang

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam – Taktik sindiket penyeludupan hidupan liar menyeludup ratusan kura-kura bersama kentang dalam kontena untuk mengaburi pihak berkuasa dapat dipatahkan.

Pada operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor jam 10 pagi kelmarin, 508 ekor kura-kura hitam (Black Pond Turtle) bernilai RM250,000 dirampas.

Pengarah PERHILITAN Selangor Abd Rahim Othman berkata, bertindak atas maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor, pihaknya memeriksa sebuah kontena yang mendarat di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui kura-kura itu dalam 76 karung guni kuning yang dimuatkan dalam kontena itu bersama kentang.

“Risikan mendapati ia dari Karachi, Pakistan dan kontena ini transit di Myanmar sebelum dibawa masuk ke Malaysia sebagai sumber makanan eksotik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kes juga disiasat di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686), sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 bagi setiap haiwan dan tidak lebih RM2 juta atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. – myMetro Online

Tags: kura-kuraPerhilitanseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd