• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi PI1M Bakal Dibina Di Parlimen Sungai Besar

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Kerajaan Persekutuan bakal membina tiga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan Parlimen Sungai Besar bagi membolehkan masyarakat setempat mengakses internet jalur lebar dalam melaksanakan pelbagai urusan seharian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata PI1M itu akan dibina di Kampung Desa Permai Parit 8, Tebuk Haji Yusof dan Kampung Sungai Haji Dorani yang menelan kos kira-kira RM5.4 juta.

Ketika ini, kawasan Parlimen itu mempunyai PI1M di Pasir Panjang, Kampung Sungai Leman, Kampung Tengah Peket 100 dan Sungai Panjang.

“Kita harap dengan adanya tiga lagi PI1M di Sungai Besar, ia dapat mewujudkan masyarakat yang celik IT (Komunikasi Maklumat).

“Jika masyarakat di sini terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN (Barisan Nasional), banyak lagi pembangunan yang akan kita ausahakan di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PI1M Pasir Panjang dan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2016 di sini, hari ini.

Jailani berkata PI1M di Kampung Desa Permai Parit 8 dan Kampung Sungai Haji Dorani dijangka beroperasi hujung tahun ini manakala PI1M Tebuk Haji Yusof pada awal 2017.

Mengenai maklum balas penduduk setempat terhadap PI1M, beliau berkata rata-rata mengakui ia memudahkan urusan seharian mereka tanpa perlu lagi ke kafe siber yang terletak agak jauh.

“Di PI1M, dengan hanya membayar yuran keanggotaan RM5 seumur hidup, golongan seperti warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh mengakses internet secara percuma manakala pelajar dan kanak-kanak boleh menggunakan internet secara percuma untuk tempoh sejam,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Jailani berkata PI1M Pasir Panjang telah membantu menjana peningkatan sosio ekonomi komuniti setempat dan mewujudkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing.

Beliau berharap inisiatif yang dilaksanakan kerajaan BN bukan sekadar pelengkap kepada pembangunan masyarakat yang serba terhubung, malah membuka ruang untuk mengubah cara hidup komuniti di Sungai Besar khususnya, untuk terus maju dalam era globalisasi.

“Sehubungan itu, saya berharap pengundi akan bijak memilih calon yang benar-benar dapat membela nasib masyarakat di sini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini.

“Saya juga berharap pengundi tidak termakan dakyah pembangkang yang hanya pandai membuat janji serta provokasi. BN sebaliknya telah lama membawa kemajuan di kawasan Parlimen ini terutama dalam sektor pembangunan, ekonomi dan pembangunan modal insan.

“Sekiranya calon BN Budiman Mohd Zohdi dipilih, saya percaya sebagai Anggota Parlimen, beliau akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan meneruskan kesinambungan tradisi BN dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sungai Besar,” katanya.

Pada PRK itu, Budiman ditentang calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

22/04/2017
0

HULU TERENGGANU - Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial. Mengingatkan demikian,...

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 – Jailani

07/02/2017
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diguna pakai hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd