SEJAK kisah layanan bak puteri yang diberikan Hafiz Mahamad terhadap kekasihnya menjadi viral semalam, nama lelaki berkenaan menjadi trending di laman-laman sosial.
Ramai perempuan di luar sana mula men-tag nama teman lelaki masing-masing sebagai ‘mesej halus’ mengharapkan mereka turut diberikan kejutan yang sama seperti diterima Syafiqah Aina pada sambutan ulang tahun kelahirannya.
Walaupun ramai wanita mengakui cair dengan layanan diberikan Hafiz Mahamad, namun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir kaum sendiri yang ‘mengelitis’ nakkan layanan boyfriend seperti Hafiz Mahamad juga.
BACA: Layan Kekasih Bak Princess, Hafiz Mahamad Trending
Menerusi Twitter, pemegang tweethandle @pangeran_lautan membidas sebilangan wanita yang dirasakannya tidak perlu membandingkan teman lelaki mereka dengan Hafiz Mahamad.
Tulisnya, “To those girls yang tag bf diorang kat post Instagram Hafiz Mahamad tu, you girls suck. Big time. Jenis tak jaga hati pakwe langsung. Korang tak tahu ke yang pakwe korang sebenarnya simpan semua surprise tu untuk lepas kahwin nanti?ÂÂ
“Biarlah Hafiz Mahamad dengan gf dia. Itu level diaorang. Itu gameplay diorang. Awak dengan bf awak bercinta lah ikut level awak. Lain kali, kalau nak bf awak surprise awak the way Hafiz Mahamad surprise gf dia, carilah lelaki yang kaya dan suka buat surprise ke awak.ÂÂ
Kalau bf awak pun surprise awak the way Hafiz Mahamad surprise gf dia, apa beza bf awak dengan Hafiz Mahamad? So unoriginal. Can’t we just embrace the fact that different guys have different ways to show their love towards their women? Why bother comparing?“






Ada betulnya dia cakap tu, kenapa nak bandingkan layanan yang diberikan teman lelaki masing-masing dengan Hafiz Mahamad?
Dah dia memang mampu, maka rezeki teman wanitanya ler dapat kejutan ‘sweet’ macam itu. Bak kata lelaki ni, lepas ni tolonglah jaga hati teman lelaki masing-masing ya! – MYNEWSHUB.CC

