• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakyat Asing Maut Dalam Kemalangan Dekat Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua pekerja binaan warga India dan Bangladesh maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di KM13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi itu menyebabkan pemandu, Faizal, 34, dan penumpangnya, Nur Islam, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Pajero yang dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tangki yang sedang menghala ke Kota Tinggi,” katanya menerusi kenyataan.

Rahmat berkata pemandu lori terbabit yang berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Permukaan jalan ketika kejadian adalah kering dan cuaca baik manakala kawasan persekitaran adalah ladang sawit. Kawasan persekitaran juga dalam proses pembinaan melebarkan jalan dan tempat kejadian gelap serta tidak terdapat lampu jalan,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd