• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18,000 Pil Kuda Bernilai RM450,000 Dirampas

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menahan seorang pemuda berusia 22 tahun dan merampas 18,000 pil kuda dianggar bernilai RM450,000 dalam Ops Tapis Khas bersepadu di Kampung Lemal, Pasir Mas, semalam.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, lelaki itu ditahan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota polis.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui pil kuda berkenaan dan suspek dipercayai telah enam bulan menjalankan pengedaran dadah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Ab Rashid berkata siasatan mendapati lelaki itu disyaki daripada sindiket yang membekalkan dadah kepada penagih di sekitar Pasir Mas, dan polis akan mengesan lagi anggota kumpulannya.

Lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori. – BERNAMA

Tags: pil kuda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

09/11/2024
0

Sungai Golok : Polis tidak menolak kemungkinan 6,000 biji pil kuda yang dirampas daripada enam rakyat Malaysia dalam satu serbuan...

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

06/08/2023
0

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat mengedar sebanyak 1,060 biji pil kuda bernilai RM11,660...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd