• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Ohio Tembak Mati Gorila Heret Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GORILA jantan, Harambe terpaksa ditembak mati selepas seorang kanak-kanak terjatuh dalam kandang haiwan itu di Zoo Cincinnati. – Sumber Zoo Cincinnati

CINCINNATI – Pasukan tindakan khas zoo menembak mati gorila berusia 17 tahun yang mengheret kanak-kanak lelaki empat tahun yang terjatuh ke dalam kandangnya, kata pengarah Zoo Cincinnati.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, kanak-kanak berkenaan yang jatuh pada ketinggian tiga hingga 3.6 meter, dijangka pulih selepas dikeluarkan dari parit dan diheret gorila itu selama 10 minit.

Mangsa segera dibawa ke Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati.

Pengarah zoo, Thane Maynard, berkata pasukan tindakan khas haiwan bahaya yang sudah menjalani latihan berhadapan kejadian seperti itu memutuskan nyawa kanak-kanak itu dalam bahaya.

Mereka akhirnya terpaksa membunuh gorila jantan seberat 181 kilogram yang dinamakan Harambe itu.

“Mereka membuat keputusan sukar tetapi tepat kerana menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.

“Keadaan beliau mungkin bertambah teruk,” kata Maynard yang belum lagi bercakap dengan ibu bapa kanak-kanak itu.

Katanya, gorila itu tidak kelihatan menyerang budak berkenaan tetapi ia adalah ‘haiwan amat gagah’ dalam keadaan gelisah.

Beliau berkata, menembak ubat pelali tidak akan berkesan serta-merta dan menyebabkan kanak-kanak itu dalam bahaya.

Ia adakah kali pertama pasukan itu terpaksa membunuh haiwan dalam zoo berkenaan dalam keadaan kecemasan dan menyifatkan ia adalah hari menyedihkan. – AP/BH ONLINE

Tags: gorilazoo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

15/01/2023
0

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

25/12/2021
0

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd