• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Syukur Miliki Rumah Projek Baiti Jannati

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – “Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat memiliki sebuah rumah yang tidak pernah saya impikan,” kata Fatimah Samsudin, 80.

Ibu tunggal itu yang menerima sebuah rumah bernilai RM50,000 sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak menerusi projek Baiti Jannati.

“Saya menetap di rumah peninggalan suami bersama anak saya Asmah (Nor Asmah Nurudin, 54,) dan rasa amat bersyukur apabila TNB membina rumah ini.

“Ini akan membolehkan saya tinggal dalam keadaan selesa kerana rumah peninggalan suami terlalu uzur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian rumah Baiti Jannati di Kampung Prik, Enggor di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Perak Datuk Mohd Zahir Md Nagor dan Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Fatimah berkata beliau akan mula menduduki rumah baharu dengan tiga bilik tidur dan satu bilik air itu pada bulan Ramadan nanti.

Sementara itu, Mohd Zahir berkata TNB telah membina sembilan buah rumah Baiti Jannati bernilai RM450,000 di sekitar Perak tahun ini.

“Empat sudah siap dibina manakala lima lagi sedang dalam pembinaan. Pembinaan rumah tersebut membabitkan Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di luar bandar,” katanya.

Setakat tahun lepas, sebanyak 37 buah rumah telah dibina melibatkan kos lebih RM1.132 juta, sejak projek ini diwujudkan pada 2008, katanya.

Mohd Zolkafly berkata TNB prihatin dengan membantu kerajaan bagi melaksanakan pembinaan rumah dan membaik pulih rumah di negeri ini.

“Dengan pembinaan rumah berkenaan akan mengurangkan beban yang dihadapi oleh golongan yang memerlukannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: TNBwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd