• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kongsi Kisah Dibantu ‘Hero Misteri’ Dalam Komuter

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI kemanusiaan ternyata masih lagi menebal dalam diri sesetengah rakyat Malaysia.

Insiden yang menimpa wanita dikenali sebagai Reena Peter boleh dijadikan contoh, masih ada lelaki yang prihatin terhadap keselamatan wanita meskipun tidak mengenali satu sama lain.

Reena menerusi status Facebooknya pada Sabtu lepas berkongsikan kisah ini. Tulisnya:

Wanita Kongsi Kisah Dibantu 'Hero Misteri' Dalam Komuter

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lelaki ini kerana menyelamatkan saya dan anak perempuan.  

“Petang tadi saya dan anak pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki KTM. Memandangkan hari Sabtu tak ramai orang menggunakan KTM. Kemudian datang satu kumpulan lelaki berniat tidak baik terhadap saya dan anak memandangkan tiada penumpang lain dalam koc kami. Mereka mengugut suruh serahkan wang dan telefon bimbit.

“Tiba-tiba lelaki ini muncul lantas berlawan dengan kumpulan ‘penyangak’ terbabit dan berjaya tumpaskan mereka. Dalam keadaan trauma saya dan anak tak sempat bertanyakan nama dan mengucapkan terima kasih kepada ‘hero’ kami ini.

“Mujurlah anak sempat ambil gambarnya. Jika sesiapa mengenali beliau, tolong sampaikan padanya saya dan anak perempuan ucapkan terima kasih.”

Sikap prihatin dan saling tolong menolong yang dipraktikkan lelaki ini harus dicontohi semua golongan masyarakat.

Boleh dikatakan, inilah hero sebenar kerana beliau tidak takut mempertaruhkan keselamatan sendiri demi orang lain yang memerlukan tanpa mengharap sebarang balasan.

Syabas diucapkan buat brader ini! – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookKTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd