• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Tangguh Hasrat Jumpa Pemilik Rayani Air

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman menegaskan jadual yang padat selain komitmen terhadap urusan yang lebih penting membuatkan beliau terpaksa menangguhkan hasrat bertemu pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran.

“Saya memang nak jumpa Ravi tapi jadual yang padat tidak mengizinkan untuk saya bertemu dengannya dalam masa terdekat. Saya perlu dahulukan perkara yang lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ravi yang masih menanti jawapan daripada Dr. Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida berhubung hasratnya untuk membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah pertama dalam negara ini.

Menurut Vida, pertemuan itu mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga ke bulan depan kerana beliau akan berlepas ke luar negara pada minggu ini atas urusan perniagaan.

Justeru, beliau akan cuba mencari tarikh yang sesuai agar pertemuan antara kedua-dua pihak dapat diatur dengan segera.

“Saya akan maklumkan kepada beliau tarikh yang sesuai nanti. Saya minta beliau bersabar dan tunggu sebarang panggilan atau WhatsApp daripada saya,” katanya.

Pada Isnin, Ravi tertanya-tanya mengenai sejauh mana minat Vida untuk berbincang dengan pihaknya mengenai peluang kerjasama itu.

“Tiada, dia (Vida) senyap saja,” katanya.

Sementara itu, isteri Ravi, Datuk Karthiyani Govindan selaku Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air berkata, pintu rundingan mengenai saham syarikat penerbangan itu masih terbuka buat Vida.

“Kita langsung tidak berjumpa dengan dia (Vida). Jika dia benar-benar berminat, kita boleh berjumpa di pejabat saya,” tambah Karthiyani.

Vida dilaporkan mahu bertemu dengan Ravi pada minggu lalu susulan hasratnya untuk membeli saham Rayani Air.

Sehingga hari ini masih belum ada sebarang pertemuan diatur. – mStar Online

Tags: Datuk Seri VidaRayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd