RATUSAN Produk Bumiputera yang selama ini gagal mendapat tempat di TV bakal muncul bersiaran menepati tema *Produk Anda Berhak Popular*.
Tema yang dilancarkan pada 20 Mei lalu khusus untuk menyemarakkan semangat usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk menempatkan jenama mereka di TV dengan kos 10 kali ganda lebih murah berbandingan harga pasaran.

Kempen Korporat Prihatin (CSR) ini dilancarkan bagi memastikan sekitar 500 jenama Bumiputera berpeluang meraih promosi TV sepanjang Ramadan dan Syawal.
Dengan pakej semurah RM2500 bagi 16 spot iklan (10 saat per spot) diikuti pakej Jumbo RM12,500 untuk 100 spot iklan serta pakej XtraJumbo 500 spot iklan bernilai RM60 ribu, usahawan IKS berpeluang menggunakan spot iklan yang ditempah untuk promosi strategik sepanjang tempoh Ramadan dan Syawal.
“Kami sudah menerima 800 permintaan selepas seminggu dilancarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Izelan Basar ketika melancarkan Screening Ramadan di Kuala Lumpur 24 Mei lalu.
Sesi Bincang Niaga untuk usahawan yang berminat akan diteruskan pada Isnin hingga Jumaat depan dalam empat sesi setiap hari bermula 10 pagi, 12 tengahari, 2 dan 4 petang.
Usahawan berminat boleh menghubungi WhatsApp *011 2172 1211* untuk mendapatkan slot sesi Bincang Niaga.
Sesi ini akan menjelaskan secara detil kedudukan spot dan bantuan menyediakan iklan.
Jangan lepaskan peluang ini. Ayuh kita kongsi rahmat limpahan rezeki Ramadan. Rapat Saf Demi Ekonomi Umat Islam.