• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Tergesa-Gesa Buat Kesimpulan RUU Persendirian Hadi – SPDP

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu semua pihak tidak teregsa-gesa membuat kesimpulan tentang cadangan pindaan bagi meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata usul Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Anggota Parlimen Marang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei tidak sepatutnya mencetuskan spekulasi tidak berasas, tanpa memberi peluang kepada Hadi memberi penjelasan terperinci tentang pindaan dicadangkan itu terlebih dahulu.

“Beliau (Hadi) masih perlu membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan seterusnya, jika anggota dewan mendapati pindaan itu bercanggah dengan kepentingan orang Islam atau ia dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, sudah tentulah dewan tidak akan membiarkan rang undang-undang itu diluluskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiong berkata selagi rang undang-undang itu terletak dalam lingkungan perlembagaan negara, maka ia perlu diberi hak untuk didengari dan dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum diluluskan atau ditolak.

Tiong menolak dakwaan bahawa UMNO menyokong pelaksanaan hudud apabila ia memberi lampu hijau kepada cadangan Abdul Hadi itu dan seterusnya berkata, pindaan itu tiada kena mengena dengan hudud.

“Saya tidak fikir UMNO secara senyap-senyap bekerjasama dengan PAS untuk menyokongnya,” katanya.

Setakat ini, SPDP, satu daripada parti komponen BN negeri ini, merupakan satu-satunya parti pelbagai kaum yang belum menolak cadangan pindaan itu, walaupun empat parti gabungan lain iaitu MCA, MIC, SUPP dan Gerakan, menolaknya.

Dalam kenyataan bersama baru-baru ini, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, ia melanggar perlembagaan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangRUUSPDP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd