• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uqasha Dikritik Peminat Bersentuhan Dengan Keith Foo

oleh AK-47
06/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui bahawa Uqasha Senrose dan Keith Foo digandingkan bersama dalam pementasan teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung.

Tanpa disangka-sangka, ianya mencetuskan kecoh terbaharu di laman sosial. Selepas pergaduhan di antara dua peneraju Tundukkan Playboy Itu, kini peminat Uqasha bertikam lidah pula berkenaan isu aktres itu membiarkan pipinya disentuh aktor Keith Foo.

Sekeping gambar dari salah satu babak teater itu, telah dimuat naik oleh Uqasha dalam laman Instagramnya hingga mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah peminat.

Teater Ombak Rindu

Bagi mereka, adalah tidak manis seorang wanita bertudung membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki bukan mahram walaupun demi menjayakan sesuatu watak.

Malah ada dalam kalangan peminatnya berpendapat tidak guna dia bertudung semata-mata kerana fesyen dan tidak menjaga batas-batas seorang wanita muslimah.

Ruangan komen Instagram milik Uqasha, menjadi medan pertempuran antara dua pihak tersebut.

“Pakai tudung tapi kenapa berlakon sentuh-sentuh. Pakai tudung doesn’t mean dah berhijrah. Just fesyen,” tulis frieskiesjeroh.

Manakala kasih_touch_beautys memberi komen, tidak hidup sesuatu cerita jika tidak disusuli
dengan babak sentuhan.

“Tiada manusia yg sempurna.. tanpa sentuhan.. cerita tak akan nampak real… fokus… baru tahu macam mana rasa cinta yang sejati,” katanya.

Namun ramai juga yang menentang pendapat kasih_touch_beautys, antaranya drizzydeck dan secretofnisa_reelbeaute.

“Agama ada ajar ke? Kena sentuh bukan mahram sebab nak beri cerita nampak real. Malu ke orang jer jawab gitu gaya,” tulis drizzydeck.

“Dalam Islam.. lelaki dan perempuan haram bersentuh… bila haram memang haram la… tak ada pulak cakap dalam Islam kalau berlakon boleh pegang bersentuh.. jadi kat situ semua boleh berfikir… just pndapat saya..” kata secretofnisa_reelbeaute.

Walau apapun, hanya pemilik empunya badan sahaja yang tahu kejadian yang berlaku sebenarnya sama ada disentuh atau pun tidak. Kami pasti Uqasha faham akan batas-batasnya sebagai seorang muslimah meskipun bergelar selebriti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Keith Foo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brazil Bakal Bina Taman Tema Berkonsepkan Seks

Next Post

Video: Lelaki ‘Mental’ Ditahan Polis Dalam IKEA Singapura

Related Posts

Keith Foo Nafi Rumah Tangga Bermasalah

29/08/2017
0

PELAKON Keith Foo, menafikan gosip liar kononnya rumah tangga yang dibina bersama isteri, Kim Raymond, sejak tiga tahun lalu kini...

Keith Foo Namakan Anaknya Sebagai Skylar

05/06/2017
0

PELAKON popular Keith Foo, dan isterinya, Kim Raymond, menamakan anak perempuan sulung mereka sebagai Skylar Raymond Foo. Bayi itu dilahirkan...

Next Post

Video: Lelaki 'Mental' Ditahan Polis Dalam IKEA Singapura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd