• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolong Kempen PAS Kerana Terhutang Budi – Abdul Khalid

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan beliau membantu PAS dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak gara-gara berhutang budi dengan parti itu.

Abdul Khalid yang digulingkan daripada jawatan Menteri Besar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2014 berkata, beliau sekadar mahu membalas budi PAS yang pernah menolongnya di kawasannya di Ijok, Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

“Terima kasih di atas komen berkenaan aktiviti saya di Sarawak. Saya sekadar membalas budi rakan-rakan PAS yang telah banyak menolong saya di Ijok, Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak,” katanya menerusi laman Facebook beliau semalam.

Pada tahun 2014, PKR bertindak menggulingkan pemimpinnya, Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Pada waktu itu, PKR Selangor menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan dengan hanya mengadakan sidang media sehingga mengundang kritikan PAS yang membantah konspirasi tersebut.

Hasrat Anwar untuk menjadikan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor tidak kesampaian kerana tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor kemudian berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. – Mynewshub.cc

Tags: Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd