• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayar Celup Memang Berisiko Tinggi – Polis

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penggunaan tayar celup dilihat berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku kemalangan terutama di lebuh raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus.

Beliau berkata tayar celup mudah tertanggal di atas jalan raya berbanding tayar asli yang boleh membawa risiko kepada pengguna jalan raya lain.

“Bunga tayar celup tidak boleh bertahan lama dan ia akan tercabut seterusnya merbahayakan pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal.

“Tindakan saman boleh dikenakan kepada mereka yang menggunakan tayar celup,” katanya kepada pemberita pada Ops Bersepadu yang dijalankan di Hentian Sebelah Sungai Buloh arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan hari ini.

Beliau berkata kenderaan berat dilihat gemar menggunakan tayar celup kerana ia lebih murah berbanding tayar asli.

Mahamad Akhir turut menasihatkan lori yang membawa kayu agar memastikan muatan mereka diikat rapi bagi mengelak terjatuh di atas jalan raya.

Mengenai operasi tersebut, beliau berkata 99 pegawai dan anggota pelbagai agensi menyertai operasi empat jam itu bermula 11 malam tadi.

“Sehingga pukul 1 pagi, sejumlah 33 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti memandu laju, tidak memakai topi keledar dan lain-lain lagi.

“Ia akan diteruskan untuk memastikan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan,” katanya.

Selain polis, agensi lain yang terlibat dalam operasi berkenan ialah ialah Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

Tags: tayar celup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TV AlHijrah Bersiaran 24 Jam, Perkenal Radio Hijrah.FM

Next Post

Najib Rasmi Pengoperasian Pangkalan Laut TSR

Related Posts

Pemilik Kenderaan Berat Degil Guna Tayar Celup

28/05/2017
0

CAMERON HIGHLANDS - Usaha pihak berkuasa memperketat penguatkuasaan larangan penggunaan tayar celup tanpa kelulusan Sirim Berhad tidak akan berhasil jika...

KPDNKK Kaji Semula Standard Hasilkan Tayar Celup

14/04/2017
0

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji semula standard penghasilan tayar celup kenderaan berat di...

Next Post

Najib Rasmi Pengoperasian Pangkalan Laut TSR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd