• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takut Hantu, Presiden Tak Mahu Tinggal Di Kediaman Rasmi

oleh AK-47
12/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ,” kata Duterte.

Itulah luahan Rodrigo Duterte setelah dilantik sebagai Presiden Filipina yang baharu apabila dia enggan tinggal di kediaman rasmi yang disediakan oleh kerajaan negara itu sendiri.

Takut Hantu, Presiden Tak Mahu Tinggal Di Kediaman Rasmi
Rodrigo Duterte

Dakwa Duterte, 71, lagi, Istana Malacanang dikatakan berhantu dan banyak entiti berkeliaran malah bermesyuarat di dalam istana lama tersebut.

“Saya tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ,” dakwa Durerte.

Istana Malacanan atau yang disebut juga Istana Malacanang merupakan salah satu bangunan paling bersejarah di Filipina. Ia terletak di tepi Sungai Pasig.

Menurut sejarah, istana ini dibangun sekitar tahun 1800 dan awalnya diperuntukkan untuk Gabenor Sepanyol yang berpusat di Manila.

Kemudian semenjak Sepanyol ‘angkat kaki’ dari bumi Filipina, Istana Malacanang digunakan sebagai kediaman rasmi presiden Filipina antaranya Gloria Macapagal Arroyo.

Namun selain menjadi kediaman presiden ia turut berfungsi sebagai muzium bagi memberi peringatan kepada orang awam tentang sejarah yang dialami oleh negara itu kepada rakyatnya.

Takut Hantu, Presiden Tak Mahu Tinggal Di Kediaman Rasmi

Takut Hantu, Presiden Tak Mahu Tinggal Di Kediaman Rasmi

Disebabkan kisah-kisah mistik yang terdapat pada istana itu, Duterte sanggup berulang-alik antara rumahnya dengan pejabat presidennya itu.

Walaupun Duterte enggan tinggal di kediaman itu, namun upacara angkat sumpahnya tetap akan diadakan di Istana Malacanang, lapor sebuah akhbar.

Entah benar atau tidak apa yang diutarakan oleh Duterte berkenaan Istana Malacanang itu. Apa yang pasti kisah mistik berkaitan istana tersebut telah menjadi bualan ramai pihak termasuk media-media dari luar.

Malah portal rasmi malacanang.gov.ph turut memaparkan kisah-kisah mistik berkaitan dengan istana kolonial tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Kaki Seks, Mulut Celupar Sah Jadi Presiden Baharu Filipina

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan 3 Lagi Suspek Dipercayai Terlibat Kes Samun

Next Post

Syamsul Yusof Nafi Dialog Filem Munafik Seru Syaitan

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Syamsul Yusof Nafi Dialog Filem Munafik Seru Syaitan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd