• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Perkhidmatan Perguruan Perlu Diperbaiki Lagi – Zahid

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Pendidikan memberi perhatian serius kepada skim perkhidmatan guru sedia ada bagi memastikan skim perkhidmatan profesion itu menjadi lebih baik.

Timbalan perdana menteri berkata pemberian pelbagai bentuk pujian dan pengiktirafan kepada golongan guru melalui sambutan Hari Guru setiap tahun tidak memadai dalam menghargai sumbangan golongan pendidik.

Sebaliknya kebajikan mereka perlu diberi perhatian dengan memberi kepedulian kepada skim perkhidmatan golongan guru, katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Tokoh Guru Kebangsaan 2016 Datuk Dr Ahmad Sipun

“Saya yakin dengan menteri pendidikan sekarang yang berlatar belakangkan guru, sila lakukan sesuatu yang terbaik untuk rakan-rakan guru,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di kampus Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan dua timbalannya, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul.

Beliau yakin penambahbaikan skim sedia ada boleh dilakukan apabila ekonomi negara pulih kelak.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul Rahman Abdul Rahman

Ahmad Zahid juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan mula melihat secara serius kurikulum silang budaya sebagai subjek di peringkat sekolah rendah dan prasekolah bagi mewujudkan persefahaman budaya, agama dan kaum yang lebih mendalam dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara ini.

Katanya melalui subjek silang budaya yang dididik daripada peringkat persekolahan rendah itu, semangat perpaduan sebenar dapat dipupuk dan dimantapkan dalam kalangan rakyat negara ini.

Ahmad Zahid berkata kajian indeks perpaduan yang dilaksanakan kementerian pendidikan pada tahun 2014 mendapati indeks interaksi antara guru dan pelajar berada pada tahap 6.9 yang bermaksud interaksi antara guru dan murid adalah erat namun keupayaan guru dan murid untuk menerima perbezaan kaum, budaya dan agama masih pada tahap rendah.

“Saya menyarankan kementerian pendidikan mula melihat dengan serius kurikulum silang budaya diberi fokus bagi mewujudkan perpaduan yang sebenarnya, bukan hanya dalam kelas tetapi juga di luar sekolah,” katanya.

Mengambil contoh hasil pemerhatian beliau sendiri di universiti, Ahmad Zahid berkata interaksi antara kaum, budaya dan agama di institusi pengajian tinggi masih rendah dengan setiap kaum lebih cenderung dan selesa bercampur dengan kaum masing-masing.

Beliau juga yakin melalui pelbagai transformasi dalam sistem pendidikan negara, ditambah dengan komitmen tinggi para guru, tenaga kerja mahir tempatan dapat mengisi 1.5 juta peluang pekerjaan yang akan diwujudkan di negara ini menjelang tahun 2020.

Sistem pendidikan hari ini juga mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kejayaan Malaysia meningkatkan kadar literasi pelajar sekolah rendah kepada 99 peratus dan kemasukan ke sekolah rendah ke tahap 97.9 peratus, katanya. – BERNAMA

Tags: GuruZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd