• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekeluarga Cemas Kereta Dihempap Batu Besar

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Sebuah keluarga dari Johor yang sedang bercuti di negeri ini, berdepan suasana cemas apabila kereta mereka ditimpa batu besar di Jalan Tun Sardon, di sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu beberapa ketulan batu besar tiba-tiba jatuh dari lereng bukit di jalan berkenaan sebelum menimpa bahagian kiri hadapan kereta mangsa.

“Bagaimana pun semua mangsa dalam kereta berkenaan selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kejadian itu juga menyebabkan kesesakan trafik sejauh satu kilometer di kedua-dua arah jalan berkenaan.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali berkata dia, isteri serta dua anaknya dalam perjalanan untuk menikmati durian bersama sahabat mereka di Balik Pulau.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian berkata dia terlihat batu besar itu terjatuh ke arah keretanya namun tidak sempat mengelak.

Sementara itu, pihak Jabatan Kerja Raya yang berada di tempat kejadian memaklumkan akan melakukan kerja-kerja kecemasan untuk mengelakkan batu-batu lain jatuh ke atas jalan raya. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd