• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Wi-Fi, Penerbangan Qantas Huru-Hara

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYANGKAN jika anda berada di dalam pesawat dan melihat hotspot Wi-Fi dengan nama ‘letupan peranti mudah alih’…

Ini yang berlaku kepada penumpang penerbangan Qantas apabila melihat Wi-Fi dengan nama tersebut sehingga menyebabkan semua penumpang menjadi panik dan penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Juruterbang penerbangan QF481 mengumumkan bahawa pesawat itu tidak akan berlepas sehingga peranti misteri tersebut dijumpai dan beberapa orang penumpang telah meninggalkan kapal terbang tersebut kerana ketakutan.

Penumpang John Vidler berkata:

“Peranti tersebut mempunyai nama yang mengancam nyawa semua yang berada di atas kapal, dan kami tidak mahu kapal ini berlepas selagi kami tidak melihat peranti itu dengan mata kami”.

Juruterbang itu membuat pengumuman rasmi mengesahkan seorang penumpang telah menggunakan Wi-Fi hotspot dengan nama yang menakutkan, dan dia tidak akan memulakan perjalanan sehingga keselamatan penumpangnya terjamin.

Selepas setengah jam pengumuman dibuat, tiada yang tampil mengakui memiliki peranti dengan nama seperti itu, pihak penerbangan mendapati ia merupakan sambungan Wi-fi yang dimiliki oleh seseorang yang berada di dalam terminal, bukan di dalam pesawat terbabit.

Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan kapal terbang itu berada di landasan Melbourne dan penerbangan telah ditangguhkan selama tiga jam sebelum berlepas ke Perth. -MYNEWSHUB.CC

Tags: QantasWiFi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Pertama Langsung Australia-Britain

26/03/2018
0

SEJARAH... Qantas melakar sejarah apabila mula mengadakan penerbangan langsung yang kali pertama dari Australia ke Britain tanpa transit iaitu dari...

Hadkan Waktu Operasi Johor WiFi Elak Remaja Lepak

04/12/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor kini mengambil langkah menghadkan waktu operasi Johor Wifi mulai 6 pagi hingga 12 malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd